25 November 2009

Promosi Ikan Tilapia Merah

Assalamualaikum semua.



Ade berita baik yang ingin sy kongsikan dgn pembaca2 blog ini. Sebenarnye, di ladang kami terdapat kolam ternakan ikan tilapia merah. Ikan2 ini sudah pun dewasa dan cukop haul dah kalo nak dibuat gulai. Dah byk juge ikan yang dah ditangkap. Antara regular customer kami yang membeli dgn byknye ialah Cikgu Buang dari SK Nyalas (Hampir 40 KG !!). Penat juge kami menangkapnye. Alhamdulillah, ikan2 ini mendapat feedback yang baek dr cikgu2 yang membeli dr Cikgu Buang.



 
Ape rahsia kelazatan dan kesegaran yang ade pd ikan dlm kolam ternakan ikan kami?? Kolam kami dilimpah air yang mengalir terus dari anak Sungai Kampung Jus, sbb itulah, rase daging ikan segar dan tidak berbau hanyir. Sedap! Gerenti Sedaaaaaap!


Sekarang kami mengadakan promosi untuk jualan ternakan ikan kami. Para pelanggan yang sememangnye kaki pancing, dialu2kan untuk datang bersama joran dan memancing dikolam kami. Tiada sebarang yuran atau bayaran dikenakan untuk memancing. Ape yang perlu dibayar adelah mengikut jumlah berat ikan yang dipancing. (Seronokkan dapat makan hasil tangkapan sendiri!)



Ape? X tahu memancing? Jangan risau, ambillah peluang ini untuk menjadi seorang yang pro memancing. Ade customer kami yang dtg untuk membeli lembu dan kambing, then berminat nk beli ikan, kami pelawa mereka untuk memancing..katenye x reti..tapi, bile dah kne penangan joran n merasa ikan merentap kail..jadi gian..dah mengulang2 ke kolam untuk memancing..



Jadi, jangan lepaskan peluang baik ini…sementara stok ikan kami masih adaa..hehhe. Segera sediakan kelengkapan memancing anda...dan tros memandu ke ladang ternakan kami di:


LOT 25, Kampung Hulu Jus,
77500 Selandar,
Melaka.


Jangan lupa telefon kami dulu yee.. kami bole dihubungi di 013-6520569(Cikgu Anuar) atau 019-3591054(Rizal)




15 November 2009

BAJA ORGANIK ANSAL TERNAK : TRIO-BIO, TK SUPER



Assalamualaikum buat semua pelawat blog ansalternak.

Alhamdulillah, kami ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T memberi kami keizinan untuk kami melangkah setapak maju dengan memasarkan produk terbaru kami, Baja Organik Tinja Kambing. Baja Organik kami dipasarkan dgn nama "TRIO-BIO, TK SUPER".

Sekali lagi syukur kami panjatkan kehadrat Ilahi, kerana permintaan terhadap baja organik ini amat memberangsangkan. Permintaan datang dr pekebun2 secara kecil-kecilan juga secara kontan. Terbaru, kami akan membekalkan sebanyak 1190 guni baja organik (25Kg) kepada Jabatan Pertanian Negeri Melaka. Alhamdulillah, satu permulaan yang baik bg kami.

Maka, kami ingin mengambil kesempatan untuk mempromosikan produk terbaru kami di blog ini. "TRIO-BIO,TK SUPER" merupakan baja organik yang dihasilkan sepenuhnya dari tinja kambing. Baja ini, diproses secara manual oleh kami sendiri dan mengikut standard prosedur penghasilan baja organik. Cikgu Anuar telah mengikuti kursus penghasilan baja organik yang telah dianjurkan oleh Kaprima. Bermula dari situla, keyakinan dan minat datang untuk menghasilkan baja organik kami sendiri. Alhamdulillah, usaha kami berbaloi.

Disini, kami kongsikan beberapa shot gambar penghasilan baja di unit pemprosesan baja kami:

Pekerja sedang memunggah tinja kambing

Tinja kambing dikisar menjadi halus

Baja organik yang telah siap dibungkus

TRIO-BIO, TK SUPER didatangkan dalam 2 pack;

1) pack 3 KG dan
2) pack 25 Kg


Sangat sesuai digunakan untuk semua jenis tanaman dan cara penggunaan amatlah mudah. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba produk terbaru kami kerana TRIO-BIO, TK SUPER ternyata berkesan.


-->
KEBAIKAN “TK SUPER”:
Meningkat hasil tanaman hingga 30%
Meningkatkan microbial tanah
Bebas benih rumput/tumbuhan liar
Bebas pathogen dan parasit
Tidak berbau dan mudah digunakan
Mengurangkan serangan hama dan penyakit
Mesra alam

Untuk mengetahui lebih lanjut keterangan tentang BAJA ORGANIK TK SUPER, sila rujuk di bawah:




Jangan lepaskan peluang baik ini, kami mengalu-alukan jika ada yang berminat untuk menjadi wakil pengedar TK SUPER. Sila hubungi kami segera!!

13 November 2009

ANSAL TERNAK Kini di Mudah.my!!

Assalamualaikum diucapkan kepada pelawat2 blog ini. Maaf kerana blog ini masih dalam proses kemaskini.

Alhamdulillah, ANSAL kini maju setapak dalam memasarkan produk2 kami. Sila lawati mudah.my untuk mengetahui ttg produk2 kami.

20 June 2009

Ansal Ternak Ent kini telah berdaftar dengan MOF


Alhamdulillah...

Permohonan kami untuk berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah berjaya dan diluluskan. Lesen kami diiktiraf dari 18 June 2009 sehingga 17 June 2012 dan berdaftar di bawah subkategori seperti berikut:

120201 Tanaman/Benih Semaian
120202 Ternakan/Baka Ternakan
120400 Makanan/Ubat-Ubatan Ternakan

Kini kami dapat berurusan dengan semua agensi-agensi kerajaan dalam bidang penternakan sebagai pembekal

Syukur di atas segala kurniaan rezeki dari Yang Maha Esa. Moga mendapat rahmatNya

ansalternak@gmail.com 

18 June 2009

Selamat Datang ke Ansal Ternak Enterprise

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua pengunjung blog Ansal Ternak Ent

Moga semua sihat sejahtera hendaknya

Secara ringkasnya, Ansal Ternak Ent telah ditubuhkan dan diusahakan sejak tahun 2005.  Dengan keluasan tanah 5 ekar, 2 buah kandang lembu fidlot, sebuah kandang kambing,sebuah kolam ternakan ikan air tawar, 3 ekar bagi tanaman rumput makanan lembu dan tanaman seperti kelapa sawit, nenas dan lain-lain.  Ansal Ternak Ent menggunakan sistem pembuangan lagun di mana 4 lagun disediakan bagi proses penyulingan sisa najis yang dikumpulkan dan diudarakan. Sisa buangan yang telah kering akan digunakan semula sebagai baja kepada tanaman-tanaman.

Di samping itu, sebuah stor turut didirikan sebagai tempat penyimpanan makanan lembu dan peralatan-peralatan kandang. Tempat penyembelihan lembu juga telah dibesarkan bagi kerja-kerja penyembelihan dijalankan. Sebuah pejabat pentadbiran Ansal Ternak Ent dan sebuah rumah pekerja yang dilengkapi kemudahan asas turut disediakan bagi memudahkan dan melancarkan kerja-kerja seharian di Ansal Ternak Ent. Bagi penyiraman tanaman, kami menyediakan sistem sprinkler dengan menggunakan sumber air Sg. Jus yang telah diempang (Hanya empangan kecil didalam kawasan Ansal Ternak Ent).


Terkini, Ansal Ternak Ent menambah produk perniagaannya dengan mengusahakan baja organik (buatan sendiri) dan mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada para pembeli.

Jika anda berminat, sila hantarkan email kepada ansalternak@gmail.com

Terima kasih dan jumpa lagi..

02 June 2009

Warkah dari Editor ansalternak@blogspot

Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang
Awal bismilah pembuka kata.


Alhamdulillah, akhirnya tercapailah cita-cita kami untuk membuka web blog untuk Ansal Ternak. Selamat datang kami ucapkan kepada semua pelawat2 blog ini.